CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 13, 2010

tukaQpaip


Salam Sejahtera


Para sahabat yg dikasihi,kini blog tukaqpaip telah berpindah ke web baru seperti add yg tertera di bawah






so blog ini tidak akan diaktifkan lagi bermula dari saat msg ini dibaca.



Sekian Terima Kasih di atas sokongan anda!!!

Thursday, December 31, 2009

Tahun Baru



Salam Sejahtera


SELAMAT TAHUN BARU


Tahun Baru kali ini disambut dengan aktiviti khalwat
"Pengasingan diri di tempat yang sunyi."

yang bertempat di Gulau Jeniang, yg akan dipimpin oleh Ustaz LuQman Hazli.

Semoga pengalaman ini akan mematangkan minda untuk meneruskan kehidupan di dunia yg sementara ini.


KULLU AMMIN WA ANTUM BIKHAIR!!!

Wednesday, December 30, 2009

Duit


Salam Sejahtera

Di dalam Surah Al-Isra' ayat ke 31 Allah SWT telah berfirman yang ertinya

"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah Yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan Yang besar."

Rezeki datangnya dari Allah SWT,kita hanyalah insan yg diamanahkan untuk menguruskan harta tersebut.Jadi gunakanlah kesempatan waktu yg dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kita untuk menguruskan Harta yg diberikan dengan sebaik mungkin.Demi kebahagian hidup di dunia dan akhirat kelak.
Insya Allah.

Monday, December 28, 2009

Aurat Wanita 3



Salam Sejahtera


11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka .
Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya
Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya,melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
Petikan dariHadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.


12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti
Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59.
Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali.Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat.Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya
Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


13. Rambut - Wahai anak ku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu didunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya
Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


Wanita-wanita yang dikasihi sekelian..tunggu apa lagi, tutuplah aurat mu, kerana ianya perintah dari Allah, Allah yang menciptakan kamu, Rabb yang memberikan kita kehidupan kekal abadi di akhirat kelak, baik atau buruk di atas rahmat Dia dan bagaimana buku amal kita diterima kelak. Jangan tunggu apa lagi, kita tidak pasti bila ajal maut kita atau bila Allah pilih kita untuk diberi hidayah..para isteri, tidak sayangkah anda pada suami2 anda? suami2 anda akan ditanya,dipersoalkan kelak dihadapan Allah..kasihan pada mereka..suami-suami? tidak cintakah lagi pada isteri? isteri anda akan menerima azab yang berat diakhirat..Na'uzubillahhimin zaliq..bersama-samalah kita berpesan untuk kebaikan bersama dan berdoa ke hadrat Allah atas kesilapan-kesilapan dan dosa-dosa yang telah kita lakukan, sentiasa bermuhasabah dan menginsafi diri sendiri serta tidak putus asa daripada meminta rahmat Allah s.w.t kerana ia adalah sifat kaum-kaum yang beriman..Rabbana aatina fiddunya hasanah wafil aakhirati hasanah waqina 'azabannar. Amin.


( Suzana Ghazali )

SELAGI ADA

SELAGI ADA BULAN MENTARI
SELAGI ADA BERKASIHANI
SELAGI ADA BULAN DAN BINTANG
SELAGI ADA BERKASIH SAYANG

SELAGI ADA OMBAK DAN LAUT
SELAGI HATI KU TERPAUT
SELAGI ADA TURUNNYA HUJAN
SELAGI ADA RAHMAT TUHAN

SELAGI ADA LANGIT DAN BUMI
SELAGI CINTA KU BERSEMI

SELAGI ADA WAKTU
SELAGI ADA RINDU
BIAR BERIBU BATU
INGIN AKU BERTEMU

OH KASIH DAMAILAH ENGKAU DI SANA
KU BERDOA PADA TUHAN
AGAR KAU BAHAGIA

SELAGI ADA WAKTU
SELAGI ADA RINDU
BIAR BERIBU BATU
INGIN AKU BERTEMU
( PAK LONG )

Cakap Serta Bikin



Salam Sejahtera


Di dalam Surah As-Soff ayat 2 & 3 Allah SWT telah berfirman yang ertinya


"Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya."

Adakah kita juga termasuk di dalam golongan yg dinyatakan oleh Allah SWT seperti ayat di atas???Cuba renungkan wahai sahabat-sahabat ku sekalian.



Thursday, December 24, 2009

9 & 10 Muharram



Salam Sejahtera


Dari Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW.Telah bersabda Rasulullah SAW yg bermaksud


"Sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadhan ialah puasa pada Bulan Allah SWT iaitu Muharram dan sebaik-baik sembahyang selepas solat Fardhu ialah sembahyang Malam ( Solat Sunat Tahajjud ).

( Riyadussolihin )


Sama-samalah kita berazam untuk melaksanakan Puasa Sunat Muharram pada 9 & 10 Muharram nanti,iaitu pada hari Sabtu dan Ahad ini,Insya Allah.

Wednesday, December 23, 2009

Pegangan Kita



Salam Sejahtera


Dalam Surah At Taubah ayat ke 51 Allah SWT telah menjelaskan sepertimana FirmanNya yg bermaksud


"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa Yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung Yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang Yang beriman bertawakal".


Inilah pegangan kita selaku umat Muhammad SAW di atas apa jua perkara yg menimpa kita sama ada kebaikan atau pun keburukan kerana segala apa yg berlaku sudah berada di dalam Ilmu Allah SWT berlaka.